saingan pastinya sengit kerana semestinya shalke ingin menjejakkan kaki ke final buat kali pertama bagi kelab itu dan jika itu berlaku, maka itu adalah kejutan terbesar bagi liga juara-juara eropah musim ini. shalke sebenarnya telah membuat kejutan apabila menyingkirkan juara bertahan inter milan pada pusingan suku akhir yang lalu.
jadi, pemain man.united harus bersedia dari segi mental dan fizikal bagi mengekang asakan yang akan diterajui oleh bekas pemain real madrid, raul.
pemenang perlawanan tersebut akan bertemu pasukan yang sememangnya hebat, barcelona yang telah mengalahkan seteru senegara, real madrid dengan aggeragat 3-1. pada perlawanan pagi tadi di nou camp, kedua-dua pasukan seri 1-1 hasil jaringan pedro (barca) dan marcelo (real).
jika man.united memenangi perlawanan pada pagi nanti, final liga juara-juara eropah 2 musim dahulu akan berulang. pada perlawanan tersebut, barca menang dengan keputusan 2-0.
final tu letak kat tepi dahulu, apa yang penting, man.united harus perlawanan pada esok pagi dan seterusnya melangkah ke final.
sekian.