We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Thursday, September 30, 2010

VALENCIA 0-1 MANCHESTER UNITED


assalamualaikum..

pasukan the red devils telah menumpaskan pasukan tuan rumah yang digelar los che iaitu valencia dengan jaringan 1 gol tanpa balas. jaringan tersebut hadir pada minit 85 menerusi pemain gantian dari mexico, hernandez atau lebih dikenali dengan gelaran chicarito..


pada perlawanan tersebut, pasukan tusn rumah menguasai perlawanan tetapi pemain penyerang tidak dapat menembusi pertahanan kental manchester united yang diterajui oleh vidic dan rio ferdinand dan dibantu oleh pemain muda brazil,rafael dan juga bekas kapten perancis pada piala dunia 2010 iaitu evra..

percubaan tepat ke arah gol bagi kedua-dua pasukan adalah sama iaitu 2 percubaan. ini menunjukkan bola banyak bergerak pada bahagian tengah. pada perlawanan ini, sir alex berani mempertaruhkan pemain yang baru pulih dari kecederaan iaitu anderson dan carrick bagi menguatkan bahagian tengah dan pemain ini menunjukkan dia masih berbisa dengan gerakan dan skil yang menarik. pemain yang meningkat naik, nani bermain pada bahagian sayap kanan sangat menakjubkan. dia juga merupakan pemain tumpuan pada perlawanan semalam. pemain tengah lain juga sangat memukau permainan mereka iaitu fletcher yang banyak membantu penyerang bagi mengucar-kacirkan pertahanan lawan..

apa yang merunsingkan saya ialah bahagian serangan yang kurang berbisa. barbetov tidak begitu berbahaya bagi pertahanan valencia dan dia hanya dapat membuat sedikit sahaja percubaan tepat ke arah gol. dia tidak konsisten dan corak yang dipamerkan beliau agak lemah berbanding ketika mengalahkan liverpool di old trafford pada perlawanan yang lepas..

walaubagaimana pun saya sangat gembira kerana pasukan manchester united berjaya memperolehi 3 mata dan ini melonjakkan pasukan ini ke tangga teratas kumpulan c mengatasi rangers,valencia dan kelab turki,bursaspor..

tahniah buat pasukan merah..
sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR